Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama bagi pembinaan Rumah Mesa Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) antara Kerajaan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertempat di Wisma Darul Iman. Pemeteraian MOU berkenaan telah ditandatangani oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan En Azmi bin Abdullah, Ketua Unit Perundangan SPNB.
Menerusi kerjasama ini, SPNB akan menguruskan pembinaan RMR RAHMAN di atas tanah pemohon merangkumi 3 bilik dan 2 bilik air. Program RMR RAHMAN juga akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Skim i-RAHMAN serta peruntukan subsidi kerajaan persekutuan berjumlah RM20,000 bagi setiap unit.
Seramai 323 peserta seluruh Negeri Terengganu telah terpilih untuk menyertai program RMR RAHMAN yang akan dibangunkan ole pihak SPNB.
Semoga skim ini dapat membantu rakyat dalam usaha meningkatkan peluang pemilikan rumah untuk golongan sasar di Negeri Terengganu