Produk & Perkhidmatan

SULTAN MIZAN UNDERWATER PHOTOGRAPHY AWARD 2024

SULTAN MIZAN UNDERWATER PHOTOGRAPHY AWARD 2024

24 Mei 2025 - Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail mencemar duli ke Majlis Penganugerahan Sultan Mizan Underwater Photography Award (SMUPA) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
 
Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu dan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu disambut oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu), YB Dato’ Nara Setia (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu), serta YB Datuk Razali bin Idris (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri). Turut hadir, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT).
 
YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman berpeluang memberi penerangan kepada Tuanku Sultan Terengganu mengenai Galeri Arkeologi Maritim yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat di Taman Tamadun Islam sebelum baginda berangkat ke Pameran Galeri Pemenang SMUPA 2024 bagi menyaksikan karya peserta di Foyer Pusat Konvensyen.
 
Pertandingan SMUPA 2024 adalah cetusan ilham dan inisiatif KDYMM Tuanku Sultan Terengganu yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah berlangsung bermula dari 1 Mac hingga 31 Disember 2024 dan berjaya menarik lebih 125 penyertaan jurugambar bawah air merangkap penyelam skuba profesional dari seluruh Malaysia.
 
Sebanyak lima kategori dipertandingkan pada SMUPA kali ini dengan menampilkan bakat luar biasa dalam fotografi bawah air, malah menjadi platform menyatukan pencinta laut dalam usaha memperkenalkan dan memelihara khazanah marin Negeri Terengganu Terengganu. Tahniah kepada para pemenang SMUPA 2024.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 15 Jun 2025, 06:31:50.

Jumlah Pelawat

00861979

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah