27 Mei 2025 - Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berkenan meninjau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Pulau Redang bagi melihat kemajuan pembangunan projek tersebut.
Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) YM Tengku Chik Abu Bakar Bin Tengku Ibrahim. Delegasi PMINT pula diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Rozmi Bin Muji dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Pengurusan Hartanah, Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad, Pengurus Besar Pengurusan Teknikal, Encik Khalizan bin Mahmud, Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik, Ir. Ts Amran Bin Omar, Pengurus Bahagian Perumahan RAKR, Cik Norsabihah binti Fidri, Jurutera Bahagian Perkhidmatan Teknik, Ir. Sr Ts. Mohd Zamali Bin Zakaria serta pegawai dari Bahagian Pengurusan Kontrak dan pegawai serta kakitangan dari Bahagian Perumahan RAKR.
Pada sesi lawatan tersebut, Encik Rozmi bin Muji (Ketua Pegawai Operasi) telah memberi penerangan secara keseluruhan berkaitan peranan dan tanggungjawab PMINT terhadap projek tersebut.