Pada 4 & 5 Mei 2025, kontinjen PMINT yang diketuai oleh Encik Mohd Syafiq bin Shafie selaku Chef De Mission telah menyertai Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Kelantan di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu dengan membawa slogan “Aim for Victory”. PMINT turun beraksi dalam semua acara yang dipertandingkan iaitu Dart, Karom dan Tenpin Boling.
Walaupun hanya berjaya ke peringkat kumpulan bagi acara Karom dan Dart, kontinjen PMINT tetap menunjukkan saingan sengit dan berjaya meraih tempat keempat bagi acara Tenpin Boling (Kategori Men’s Double).
Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) dan turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT).
Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kepada penganjur serta semua yang terlibat. PMINT akan kembali dengan lebih garang di edisi akan datang!