Produk & Perkhidmatan

MAJLIS PELANCARAN LOGO 60 TAHUN PENUBUHAN PMINT & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KUMPULAN PMINT

MAJLIS PELANCARAN LOGO 60 TAHUN PENUBUHAN PMINT & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KUMPULAN PMINT

22 April 2025 (Selasa)- YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu (Pengerusi Lembaga Pengarah) telah melancarkan Logo Sambutan 60 tahun Penubuhan PMINT di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam yang bertemakan MEMBINA MASA HADAPAN. Turut hadir pada majlis tersebut, YB Dato' Nara Setia (Setiauasaha Kerajaan Negeri Terengganu), YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pegawai Kewangan Negeri), Ahli Lembaga PMINT dan Ahli Lembaga Anak Syarikat.
 
PMINT telah menyambut 60 tahun pada 1 April 2025 sejak ditubuhkan pada 1965. Sambutan 60 tahun Jubli Intan ini merupakan peristiwa penting bagi memperingati lakaran penubuhan dan sejarah evolusi perkhidmatan PMINT kepada rakyat Negeri Terengganu. Pencapaian PMINT hari ini juga adalah hasil daripada komitmen yang berterusan dan usaha jitu oleh seluruh warga kerja PMINT dan Kumpulan dalam mencapai matlamat PMINT, seterusnya memenuhi mandat yang telah ditetapkan.
 
Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT) menerusi ucapan aluan beliau memaklumkan pelbagai program yang dirancang sempena sambutan 60 antaranya Program Komuniti/CSR, Pelancaran Projek Pembangunan, Kerjasama dengan Pihak Swasta dan Malam Gala PMINT 2025. Beliau juga menyatakan sejak penubuhan PMINT pelbagai cabaran dan pengalaman dilalui yang menjadikan PMINT lebih matap lagi terselah dan berkeupayaan untuk menyesuaikan kedudukan dalam apa jua situasi yang kritikal bagi memenuhi matlamat dan visi misi Negeri Terengganu.
 
Majlis pelancaran tersebut diteruskan dengan ucapan pelancaran oleh YAB Menteri Besar. Dalam ucapan beliau berharap PMINT untuk terus meningkatkan keupayaan warga kerja dengan membudayakan amalan kerja cemerlang, memperkasakan budaya produktif dan inovatif, berprestasi serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab. Transformasi yang dilaksanakan kelak akan membuka dimensi baru agar lebih dinamik dan progresif bagi mencapai sasaran keberhasilan utama Kerajaan Negeri. Beliau seterusnya melancarkan Logo Sambutan 60 Tahun Penubuhan PMINT.
 
Majlis diteruskan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PMINT melibatkan PMINT dan 9 buah Anak Syarikat. Majlis sambutan dimulakan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada 100 orang anak-anak yatim daripada lima (5) buah sekolah sekitar daerah Kuala Terengganu. Antara sekolah tersebut ialah SK Durian Burung, SK Pusat Chaang 3, SK Losong, SK Seri Nilam dan SK Bukit Losong. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PMINT 2025 menerima kehadiran tetamu bermula pada jam 11.30 pagi melibatkan Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, pembekal, pelanggan, rakan media, pesara dan warga kerja Kumpulan PMINT.
 
Antara acara yang dipertandingkan pada Majlis Sambutan tersebut adalah Video Kreatif PMINT, Video Kreatif Anak Syarikat dan Booth Makanan Terbaik serta Mr/Miss Intan. Pihak Urusetia Induk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PMINT 2025 mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa dan Anak-Anak Syarikat yang telah memberi komitmen yang sepenuhnya dan bertungkus lumus menjayakan Majlis Sambutan pada kali ini.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 29 Mei 2025, 07:21:20.

Jumlah Pelawat

00859117

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah