Produk & Perkhidmatan

MAJLIS APRESIASI & SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PMINT 2022

Telah berlangsung Majlis  Apresiasi & Sanjungan Budi Lambaian Kasih PMINT 2022 pada 31 Oktober 2022 bertempat di  Camellia Grand Ballroom, Paya Bunga Hotel. Majlis ini dihadiri oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap  Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Pengurusan Tertinggi PMINT, Pengurus Besar Syarikat Anak dan semua  warga kerja PMINT.

Tujuan utama Majlis  Apresiasi & Sanjungan Budi Lambaian Kasih PMINT adalah bagi meraikan warga kerja yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSM, Anugerah Perkhidmatan Lama PMINT (APL), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Terengganu dan Persaraan warga kerja PMINT.

Pada majlis kali ini seramai 16 orang warga kerja PMINT telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSM dan 5 orang warga kerja bagi Anugerah Perkhidmatan Lama PMINT 2022. Turut diraikan pada majlis kali ini, 2 orang  Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu dan tiga orang pesara dan bakal pesara.

Penganjuran majlis telah disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja dengan penyampaian anugerah kepada semua pekerja cemerlang, pesara dan bakal pesara. Tahniah dan syabas kepada  semua penerima-penerima anugerah. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin semangat kepada semua warga kerja seterusnya dapat meningkatkan usaha dan komitmen kerja di masa hadapan.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791050

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah