Produk & Perkhidmatan

MAJLIS AMANAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU 2023

The G.R.E.A.T Civil Service dan S.M.A.R.T KPI merupakan diantara penekanan yang dinyatakan dalam amanat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Bijaya Raja bagi membawa penjawat awam negeri Terengganu ke arah kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini. 

Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Terengganu 2023 telah berlangsung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada khamis (16 Februari 2023) dengan kehadiran hampir 500 orang. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengarah Tanah Dan Galian Negeri, YBhg. Dato' Zulkifli Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato' Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Tuan Haji Anuar Awang dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, YBhg. Tuan Haji Rosli Latif.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Korporat, Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Pengurus-Pengurus Besar dan Pengurus-Pengurus Bahagian.

YBM Tengku dalam amanat beliau menyatakan semua pegawai dan kakitangan perlu mengawal setiap perubahan yang berlaku agar memberi kebaikan kepada organisasi bukannya merosakkan organisasi. Beliau berkata, kesan daripada ledakan teknologi ini, setiap ketua jabatan seharusnya mampu untuk membina sebuah pasukan yang hebat, mengenal pasti keperluan peralatan yang sesuai untuk fungsi jabatan masing-masing dan sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan persekitaran sama ada dari dalam organisasi atau dari unsur-unsur luar.

Dalam masa yang sama beliau juga berharap setiap penjawat awam negeri ini dapat menjadi The G.R.E.A.T Civil Service kerana “we are better together than we are on our own” dalam bersama-sama beliau mentadbir negeri ini.

The G.R.E.A.T Civil Service adalah;

G – Good Governance (Tadbir Urus Terbaik) 

Tadbir urus yang dilaksanakan oleh penjawat awam dipandu melalui peraturan dan prosedur yang digubal dengan mengambil kira nasihat pemegang taruh (stakeholder).

R – Responsible (Bertanggungjawab)

Kepimpinan merupakan penyumbang utama kepada pencapai matlamat organisasi. Sense of Urgency menjadikan kita melihat sesuatu perkara sebagai penting dan bersegera menyelesaikannya.

E – Empathy (Ihsan)

Perkhidmatan barisan hadapan menjadi wajah dan imej jentera perkhidmatan awam dan meletakkan diri kita sebagai pelanggan atau penerima perkhidmatan.

A- Accountability (Kebertanggun-jawaban)

Kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat yang ditadbirnya.

T- Tenacity of Purpose (Fokus pada Matlamat) 

Penjawat awam harus bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dengan memberi fokus kepada kejayaan.

Justeru itu, beliau berharap semua ketua jabatan membuat penetapan dan melaksanakan Key Performace Indicator (KPI) di semua jabatan dengan kaedah S.M.A.R.T KPI bagi memastikan pentadbiran negeri ditadbir dengan baiknya.

S.M.A.R.T KPI adalah akronim bagi;

S – Spesifik 

KPI yang ditetapkan hendaklah jelas dan fokus ke arah sasaran yang hendak dicapai.

M – Measurable (Boleh Diukur)

KPI yang ditetapkan hendaklah mempunyai tahap penilaian yang boleh diberikan penilaian.

A – Achievable (Boleh Dicapai)

Sasaran (target) KPI yang dikenalpasti hendaklah munasabah dan boleh dicapai.

R- Realistik

KPI yang ditetapkan berkaitan secara langsung dengan tugas yang dilaksanakan.

T- Time Limit (Jangka Masa) 

KPI yang ditetapkan boleh diukur dalam tempoh masa tertentu.

Dalam majlis tersebut turut diadakan bacaan ikrar penjawat awam, penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 peringkat kebangsaan dimana PMINT telah mendapat Anugerah Gangsa serta penyampaian Anugerah Pengurusan Aduan Awam Cemerlang Negeri Tahun 2022.

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791057

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah