Besut, 16 Mac 2023 - Satu program Lawatan Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji Rozali Salleh ke tapak Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Mengabang Besar, RPMM Tok Saboh dan RMM Tempinis Sejahtera, Besut telah diadakan.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan permohonan Hakmilik Strata yang tertangguh akibat pengubahsuaian yang tidak dibenarkan oleh penghuni. Hasil lawatan tersebut segala permasalahan dapat diselesaikan dengan adanya keputusan daripada pihak-pihak yang berkaitan.
Projek RMM Tempinis Sejahtera, Besut adalah lawatan bagi meninjau perkembangan semasa dan menyelesaikan permasalahan projek perumahan yang menggunakan pelan rumah ‘Rahman atau ‘Rumah Selesa Rakyat Sejahtera dan akan diserah kunci kepada pemohon yang layak dalam tempoh terdekat.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Y.Bhg. Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Besut, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan), Puan Nor Sophia Azura Mohd Husin, Pengurus Besar Pembangunan Projek PMINT Encik Rozmi bin Muji, Cik Norsabihah binti Fidri dan pegawai-pegawai daripada PMINT, PUSB dan agensi-agensi berkaitan.