7 Jun 2022, satu lawatan telah diadakan ke Ladang Tersat bagi meninjau keadaan semasa ladang selepas pandemik Covid-19 melanda. Dapat dilihat perubahan yang ketara yang melibatkan struktur jalan dan keadaan pokok kelapa sawit yang mencecah hampir 30 tahun. Lawatan ini juga adalah untuk mengenali pengurusan, pekerja-pekerjanya dan proses dalam menguruskan buah kelapa sawit bermula dari kait, kutip, kumpul dan jual.
Proses penananaman semula pokok kelapa sawit ini dijangka bermula pada Ogos 2022 yang akan dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh tiga (3) tahun. Penanaman semula kelapa sawit ini adalah keperluan memandangkan kebanyakkan pokok tidak lagi memberikan hasil yang banyak. Oleh itu, dengan penanaman semula ini akan memberikan hasil yang optimum bermula pada tahun keempat.
Lawatan diketuai oleh Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad, Pengurus Besar Pengurusan Hartanah bersama Pengurus Bahagian Jualan & Sewaan dan dua (2) orang warga kerja bahagian.
Taklimat awal turut disampaikan oleh Pengurus Operasi TADC sebelum lawatan bermula.