Produk & Perkhidmatan

LAWATAN POST-AUDIT MIDA HQ KE KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTEH (LOT P) KEMAMAN

13 - 14 Jun 2022, Pihak Malaysian Investment Development Authority (MIDA) HQ telah mengadakan satu lawatan post-audit bagi permohonan tuntutan pembayaran program menaiktaraf infrastruktur asas di Kawasan Perindustrian (KP) Kerteh (Lot P), Terengganu selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) bagi tujuan tuntutan pembayaran pertama daripada pihak MIDA. Tujuan lawatan post-audit ini adalah untuk menilai permohonan tuntutan pembayaran yang telah dikemukakan sebelum ini dan meninjau keadaan semasa di tapak projek berkenaan bagi memastikan tuntutan pembayaran komponen projek selaras dengan kelulusan peruntukan yang telah diberikan pada 30 November 2021.

Bagi sesi lawatan ini, deligasi daripada pihak MIDA HQ diketuai oleh Cik Zabidah Daud, Pengarah, Bahagian Pasca-Pelaburan, MIDA HQ, Encik Ruhizam Idris Timbalan Pengarah, Bahagian Pasca-Pelaburan, MIDA HQ dan Puan Qistina Abd Manan, Penolong Pengarah, Bahagian Pasca-Pelaburan, MIDA HQ telah melibatkan beberapa program antaranya ialah Lawatan Post Audit di kawasan Perindustrian Kertih, Lot P, Kemaman bagi meninjau status semasa pelaksanaan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.

Bagi program seterusnya iaitu makan malam bersama pihak MIDA HQ , turut dihadiri bersama wakil daripada pihak UPEN, MIDA Terengganu, PMINT dan ECERDC turut diadakan di Hotel Sumai, Kuala Terengganu. Tujuan makan malam ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama dalam pembangunan kawasan industri di Negeri Terengganu. Hari ke – 2, pihak MIDA HQ telah mengadakan sesi dialog bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengenalpasti kawasan industri yang berpotensi untuk di naiktaraf dengan peruntukan RMK – 12 dan Kumpulan Wang Amanah Covid 19 (KWC 19) yang masih tersedia.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791037

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah