Produk & Perkhidmatan

LAWATAN KERJA PMINT KE SHIYA SDN. BHD. DI JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 11 Ogos 2022 - Satu lawatan kerja ke projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Pemaju Shiya Sdn. Bhd. di Johor Bahru telah diadakan pada 9 – 11 Ogos 2022 bagi meninjau pelaksanaan projek semasa oleh pemaju berpotensi yang berminat membangunkan tanah milikan PMINT melalui konsep secara penswastaan.

Delegasi PMINT diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi PMINT, Tuan Haji Azmal bin Azaddin disertai oleh Encik Rozmi bin Muji, Pengurus Besar Pembangunan Projek, Encik Khalizan bin Mahmud, Pengurus Besar Pengurusan Teknikal dan Encik Mohd Nazarudin bin Nawi, Pengurus Bahagian Pengurusan Projek disambut oleh Dato’ Abdullah bin Yusup, Ketua Pegawai Eksekutif Shiya Development Sdn. Bhd. dan pegawai syarikat telah diberi penerangan berkaitan aktiviti syarikat dan dibawa melawat projek-projek yang sedang dilaksanakan seperti Twin Tower Residence, Johor Bahru, Bangunan Perbadanan Islam Johor (PIJ) Larkin, Bangunan Perbadanan Islam Johor (PIJ) Bakar Batu, Johor Bahru dan Projek Perumahan Desaru Serenita.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791057

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah