16 Jun 2022, satu lawatan telah diadakan ke CCB untuk melihat keadaan pusat boling tersebut dari aspek pengoperasian dan kelengkapan yang disewakan.
Secara keseluruhan dari lawatan tersebut, pihak pengurusan yang diketuai oleh Tuan Haji Azmal bin Azadin, Ketua Pegawai Operasi berpuas hati dengan keadaan mesin yang diselenggara oleh CCB secara berkala. Namun, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan dengan kadar yang bersegera sebagai langkah persediaan menjelang Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Terengganu 2022 yang akan diadakan pada bulan November 2022 nanti.
Pusat boling CCB akan dijadikan sebagai tempat kejohanan rasmi bagi sukan boling nanti yang akan menyaksikan 14 agensi PKEN termasuk UDA yang akan bersaing.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Haslina binti Mohamad, Ketua Pegawai Korporat PMINT, Pengurus Besar Pengurusan Hartanah, Pengurus-Pengurus Bahagian yang berkaitan serta PMINT Urus dan wakil CCB.