Produk & Perkhidmatan

LAWATAN KE PAMERAN KUALA LUMPUR ARCHITECTURE FESTIVAL (KLAF) ARCHIDEX 2022

Pada 30 Jun 2022, seramai 16 orang wargakerja PMINT yang terdiri daripada Bahagian Perancangan dan Rekabentuk, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bahagian Pengurusan Projek serta wakil daripada Syarikat Anak PMINT iaitu TTI Management Sdn Bhd telah menyertai lawatan berinformasi ke Pameran Kuala Lumpur Architecture Festival (KLAF) Archidex 2022 (21st International Architecture, Interior Design & Building Exhibition 2022) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Lawatan ini juga turut disertai oleh Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Rozmi Bin Muji, Pengurus Besar Pembangunan Projek dan Encik Khalizan Bin Mahmud, Pengurus Besar Pengurusan Teknikal.

Lawatan berinformasi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wargakerja terutamanya yang mengendalikan projek-projek berkaitan dengan industri Architecture, teknologi pembinaan terkini serta rekabentuk dalaman (ID). Selain itu, wargakerja yang terlibat dengan lawatan ke pameran ini juga dapat melihat dengan sendiri gambaran idea-idea dan konsep-konsep rekabentuk terkini serta dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan penggunaan material-material terbaru dengan kaedah teknologi terkini yang digunapakai selari dengan perkembangan semasa.

Dalam tempoh pameran tersebut berlangsung, penganjur turut mengadakan beberapa seminar dan persidangan yang telah dibentangkan oleh Arkitek-arkitek terpilih dari dalam dan luar negara berkenaan konsep rekabentuk arkitek terkini. Antaranya ialah DATUM:KL (International Architecture & Design Conference). Persidangan ini telah disertai oleh Encik Khalizan Bin Mahmud, Pengurus Besar Pengurusan Teknikal dan Encik Abdul Wafa Bin Mohd, Penolong Pegawai Senibina.

Diharap pameran yang diadakan setiap tahun ini juga dapat disertai oleh setiap wargakerja PMINT dalam membangunkan projek pada tahun-tahun yang akan datang.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791068

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah