Produk & Perkhidmatan

LAWATAN DAN PENYERAHAN KUNCI KEPADA UNIVERSITY COLLEGE TATI

Satu sesi Lawatan dan Penyerahan Kunci  kepada penyewa Bangunan Wisma PMINT, Kuala Terengganu iaitu University College TATI telah diadakan pada 9 Februari 2023 di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Tingkat 14, Menara PMINT.

Sesi Penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azmal bin Azaddin Ketua Pegawai Operasi PMINT. Turut hadir pada sesi  penyerahan kunci tersebut adalah Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad, Pengurus Besar Pengurusan Hartanah, Puan Rosmawati binti Mohd Jamil Pengurus Bahagian Jualan dan Sewaan, Encik Ts. Mohd Zaidi bin Abdul Rahman Pengurus Bahagian Penyenggaraan Harta dan Puan Nurul Ashikin binti Mohd Nor serta beberapa orang warga kerja lain.

Delegasi UC TATI diketuai oleh Prof. Dr. Anuar bin Ahmad, Rektor UC TATI,  Prof. Madya Ts. Dr. Rosliza binti Ramli, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan, Pendaftar Puan Hanyza binti Ahmad dan beberapa warga kerja lain.

Kolej Universiti TATI (UC TATI) telah membuat pengubahsuaian bagi persediaan kampus di tingkat bawah, tingkat mezzanine hingga tingkat 4 dan dijangka akan mula beroperasi pada Mac 2023 dengan beberapa kursus pembelajaran yang disediakan. Diharapkan dengan adanya pusat pembelajaran seperti UC TATI Kampus City ini akan memberi banyak peluang kepada anak-anak untuk meneruskan pembelajaran hingga ke menara gading seterusnya dapat meningkatkan ekonomi di bandar Kuala Terengganu.

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791059

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah