15 JANUARI 2023 – Bahagian Perancangan Korporat PMINT telah menganjurkan satu Kursus Pemantapan Prestasi Ahli Lembaga Pengarah Dan Pengurusan Syarikat Kumpulan PMINT (Akta Kerja Pindaan 2022). Kursus ini melibatkan penyertaan daripada Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan anak syarikat PMINT. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi menjelaskan mengenai implikasi dan pelan tindakan yang perlu diambil oleh syarikat bagi memastikan kelancaran operasi dan kawalan terhadap kos – kos berkaitan. Penceramah kursus didatangkan khas dari Akademi PKNS iaitu Encik Sulaiman bin Hussein.
Majlis Pembukaan Kursus telah dirasmikan oleh Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT. Dalam ucapan beliau, Haji Wan Adnan menyeru agar setiap syarikat perlu menyelaras serta mematuhi pindaan yang termaktub di dalam Akta Kerja (Pindaan 2022) dan mengaplikasikan di pengurusan syarikat masing-masing.
Kursus tersebut telah berjalan dengan jayanya dan berakhir pada jam 5 petang. Cenderamata kepada penceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Ketua Pegawai Korporat PMINT.