17-18 Julai 2022 - Kursus Pelan Latihan Peningkatan Kompetensi Dan Pembangunan Bakat Pegawai PMINT 2022 Siri 2 telah diadakan di RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu. Penceramah kursus ini adalah Tuan Zainul Mukhtar Bin Zainul Abidin dari Perak Centre of Excellence (PCE) dan disertai seramai 21 orang peserta.
Kursus ini berkaitan dengan kompetensi empati dimana kompetensi ini mempunyai keupayaan untuk memahami keperluan orang lain dan menyedari perasaan serta pemikiran mereka. Kompetensi ini juga dapat memupuk kepimpinan empati di dalam diri pegawai-pegawai yang terlibat dan meningkatkan prestasi dalam sesuatu kerja.
Pembudayaan Kompetensi empati ini akan meningkatkan interaksi antara warga kerja dan boleh membawa kepada komunikasi yang lebih berkesan dan hasil positif dalam menghasilkan pekerjaan. Keupayaan untuk berbelas kasihan berhubung dengan mereka yang lain adalah penting untuk kehidupan secara profesional dan peribadi.
Jumpa lagi pada program akan datang.