KURSUS PELAN LATIHAN PENINGKATAN KOMPETENSI DAN PEMBANGUNAN BAKAT PEGAWAI GRED 48 DAN KE ATAS PMINT 2022 (SIRI 3)
17-18 Ogos 2022 - Kursus Pelan Latihan Peningkatan Kompetensi Dan Pembangunan Bakat Pegawai PMINT 2022 Siri 3 telah diadakan di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu. Penceramah kursus ini adalah Tuan Shaik Wahid bin Shaik Ismail dari Akademi PKNS dan disertai seramai 21 orang peserta. YBhg. Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT turut berkesempatan hadir ke kursus ini untuk menyatakan harapan beliau kepada peserta atas kursus ni. Kursus ini berkaitan dengan kompetensi mengurus perubahan dimana kompetensi ini mempunyai keupayaan untuk lebih peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling. Kompetensi ini juga dapat membimbing peserta-peserta dalam melakukan perubahan yang positif dalam menghasilkan impak pekerjaan yang cemerlang dimasa akan datang.