20-23 Jun 2022 - Kursus Pelan Latihan Peningkatan Kompetensi Dan Pembangunan Bakat Pegawai PMINT 2022 Siri 1, telah diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Fasilitator kursus tersebut adalah Tuan Zainul Mukhtar Bin Zainul Abidin dari Perak Centre of Excellence (PCE) dan disertai seramai 21 orang peserta.
Kursus ini berkaitan dengan kompetensi Komunikasi Dalam Pasukan. Antara tujuan utama kursus ini adalah untuk mengurangkan jurang kompetensi dalam kalangan pegawai yang terlibat sebagaimana yang disasarkan dalam skor kad Pelan Strategik PMINT 2022-2026. Melalui kursus ini, para peserta dapat membangunkan kumpulan atau pasukan untuk mengumpulkan idea dan pengalaman ahlinya untuk mencari hasil kolektif.
Selain itu juga, pasukan yang berkesan harus dapat berkongsi pengalaman dan memberikan maklumbalas kepada ahli. Dengan berkongsi pengalaman, pasukan boleh menjana cerapan dan menjadi penyelesai masalah yang berkesan melalui usaha bersama. Membangunkan pasukan yang Berjaya memerlukan pemahaman dinamik kumpulan dan cara menyesuaikan diri dengan kekuatan dan kebiasaan ahli pasukan.




