Produk & Perkhidmatan

KURSUS 'FINANCIAL FOR NON-FINANCIAL PERSON'

Kursus “Financial for Non-Financial Person” telah dianjurkan pada 3 Julai 2022 bertempat di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Rosnida Najihah binti Sulong selaku urusetia program dengan kerjasama Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Modal Insan. Penceramah undangan bagi kursus ini pula ialah Puan Hajah Haslina Laili binti Mohamad, Ketua Pegawai Korporat PMINT.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman berkenaan asas perakaunan dan pentaksiran laporan Penyata Kewangan kepada wargakerja PMINT disamping dapat menghubungkaitkan pengetahuan tersebut dengan skop kerja masing-masing. Sepanjang kursus ini juga, penceramah turut membincangkan isu-isu perakaunan dan kewangan yang berlaku di PMINT disamping berkongsi pengalaman sepanjang kerjaya beliau.

Seramai 51 orang peserta daripada 14 bahagian dan 1 anak syarikat yang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus bahagian, pegawai dan kakitangan sokongan PMINT. Kursus ini telah disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Puan Zawiah binti Zakaria, Pengurus Besar Khidmat Sokongan.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dan organisasi PMINT secara keseluruhannya.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791087

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah