Pada 14-16 Jun 2022 dan 28-30 Jun 2022 telah berlangsungnya Kursus Esprit De Corps (Team Building) PMINT Siri 1 dan 2 bagi kumpulan sokongan dan pelaksana (C & D). Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Adyology Sdn Bhd yang diadakan di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu dan disertai seramai 40 orang warga kerja pada Siri 1 dan seramai 43 orang pada Siri 2 yang melibatkan pelbagai jawatan dan bahagian.
Pelaksanaan kursus ini dibuat dengan menerapkan nilai-nilai murni dan sentuhan ke dalam jiwa warga kerja ke arah berpandangan positif dalam melakukan sesuatu kerja dan urusan. Selain itu, kursus ini juga turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif PMINT.
Kursus selama 3 hari 2 malam tersebut dipadatkan dengan aktiviti secara berkumpulan (indoor & outdoor) yang menguji kekuatan mental dan fizikal ditambah juga dengan aktiviti kerohanian. Hasil dapatan daripada Kursus Esprit De Corps ini,para peserta dapat membina semangat kerjasama dalam pasukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja.