Produk & Perkhidmatan

KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) KE PMINT

2 JANUARI 2023 – Delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat kunjungan hormat ke PMINT yang diketuai oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Bin Abd Ghaffar. Kunjungan ini memfokuskan perbincangan berkenaan proses jual beli 31 unit Residensi Tembesu oleh pihak UMT bagi menyediakan fasiliti penginapan kepada pelajar-pelajar mereka.

 

Perbincangan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman dan turut bersama beliau adalah Ketua Pegawai Korporat serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Jualan dan Sewaan.Kunjungan ini juga bagi memperkenalkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu iaitu Profesor ChM. Dr. Marinah Bt. Mohd Ariffin. Turut hadir bersama adalah beberapa Pegawai Kanan UMT pada kunjungan kali ini. 

 

Sesi ini berjalan selama hampir satu jam dan berjalan dengan lancar. Pelbagai perkongsian dan pandangan telah diketengahkan antara kedua-dua pihak. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791038

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah