Satu kunjungan hormat ke Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman diketuai oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Barisan Pengurusan Tertinggi PMINT dan Pegawai Perhubungan Korporat PMINT telah diadakan pada 19 Jun 2022.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara pengurusan tertinggi PMINT dan Pegawai Daerah Kemaman disamping berbincang mengenai permohonan tanah-tanah PMINT di daerah Kemaman. Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara dua agensi dalam pelaksanaan pembangunan di Negeri Terengganu.
Seterusnya, Pengurusan Tertinggi PMINT bersama Bahagian Perkhidmatan Teknik turut mengadakan satu lawatan ke tapak projek perumahan Taman Seri Kerteh dan Seberang Paka. Lawatan ke tapak projek ini bertujuan untuk menilai kemajuan kerja semasa bagi mengelakkan kelewatan pembinaan serta memantau kualiti kerja pembinaan projek









