5 FEBRUARI 2023 - PMINT telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diketuai oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT. Turut hadir bersama pada kunjungan ini ialah Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Ketua Pegawai Korporat, Puan Zawiah binti Zakaria, Pengurus Besar Khidmat Sokongan, Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad, Pengurus Besar Pengurusan Hartanah, En Fazrul Isham bin Mohd, Pengurus Besar Pembangunan Perindustrian, Encik Khalizan bin Mahmud, Pengurus Besar Pengurusan Teknikal dan Pegawai Unit Perhubungan Korporat PMINT. Delegasi PMINT telah disambut oleh Tuan Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT dan wakil pengurusan MBKT.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan serta merancang hubungan kerjasama yang boleh diwujudkan antara PMINT dan MBKT dalam membangunkan pembangunan hartanah dan pelancongan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Semoga dengan pertemuan ini dapat menguatkan lagi hubungan yang telah sedia erat di antara PMINT dan MBKT seterusnya dapat sehaluan dalam gerak kerja untuk pembangunan sosioekonomi dan pelancongan di Negeri Terengganu.