Produk & Perkhidmatan

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (MAIDAM)

PMINT telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 26 Jun 2022 yang diketuai oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman dan turut disertai Pengurus- Pengurus Besar PMINT dan Pegawai Unit Perhubungan Korporat PMINT. Delegasi PMINT telah disambut oleh Dato’ Hj Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM.

Antara tujuan utama kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan perancangan pembangunan di Taman Tamadun Islam yang merupakan di bawah seliaan anak syarikat PMINT dan juga berbincang mengenai kebajikan asnaf yang terdiri daripada penyewa rumah mampu milik di Negeri Terengganu.

Semoga dengan pertemuan ini dapat menguatkan lagi hubungan yang telah sedia erat di antara PMINT dan MAIDAM seterusnya dapat sehaluan dalam gerak kerja untuk pembangunan sosioekonomi di Negeri Terengganu.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah