Produk & Perkhidmatan

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Kuala Terengganu, 13 Mac 2023 - Bahagian Pengurusan Perlombongan PMINT dengan kerjasama anak syarikat Permint Mineral Sdn. Bhd. (PMSB) dan Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Terengganu (JMG) bertempat di Tingkat 1, Dewan Kaseterit, Pejabat JMG Negeri Terengganu

PMINT juga telah diwakili oleh Pengurus Bahagian Pengurusan Perlombongan, Ts. Khairul Danial bin Abd Latif dalam kunjungan hormat ini. Turut hadir sama ialah, Encik Lutfi Hamidee bin Abd Latif, Pengurus Besar Permint Mineral Sdn. Bhd. dan Tuan Mohd Azizi bin Tuan Zainal Abidin yang mewakili Permint Granite Sdn. Bhd. Kunjungan ini disambut mesra oleh Puan Habibah binti Tahir, Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu.

Objektif kunjungan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Prosedur Pertimbangan Permohonan Surat Kelulusn Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) dan perbincangan hala tuju bagi aktiviti perlombongan di seluruh Negeri Terengganu. Sesi temu murni susulan melibatkan pengurusan PMINT dan JMG juga akan diadakan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan antara dua agensi dalam memastikan kelancaran proses kerja perlombongan kelak.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah