Produk & Perkhidmatan

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) NEGERI TERENGGANU KE PMINT

Satu kunjungan hormat daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Terengganu ke PMINT telah diadakan pada 12 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Tingkat 14 Menara PMINT.

Delegasi JPPH diketuai Encik Yusneta bin Idon, Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Terengganu, Puan Zahrah binti Ismon, Penilai Daerah Kuala Terengganu, Encik Zumizan bin Jamaluddin, Penilai Daerah Chukai, Puan Hajjah Siti Zulfaizal binti Ahmad, Penilai Daerah Jerteh. 

Ketibaan delegasi JPPH telah disambut oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Ketua Pegawai Korporat, Encik Wan Khairul Hakimin bin Wan Ahamad, Pengurus Besar Pengurusan Hartanah. 

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan lagi kerjasama antara dua jabatan yang telah terjalin sekian lama. Disamping itu, kedua-dua belah pihak juga dapat berbincang dan bertukar pandangan mengenai projek-projek perumahan PMINT yang sedang, telah dan akan dilaksanakan pada masa akan datang serta laporan pasaran hartanah semasa khususnya di Negeri Terengganu.

Semoga dengan pertemuan tersebut akan mengeratkan lagi perhubungan antara PMINT dan JPPH ke arah kemakmuran dan pembangunan di Negeri Terengganu.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791087

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah