Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA TERENGGANU XVI 2022

Sukan GEMAPUTERA VXI Terengganu 2022 telah melabuhkan tirai pada 26 November 2022 selepas kontinjen PKEN seluruh Malaysia seramai 1200 orang berkampung di Terengganu selama 5 hari bermula 22 hingga 26 November 2022. Sukan Gemaputera ke-16 ini berlangsung dengan jayanya dimana pihak tuan rumah telah menyediakan pelbagai fasiliti dan tempat pertandingan yang sangat baik di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. PMINT telah menghantar seramai 120 peserta yang diketuai oleh Ketua Kontinjen Sukan Gemaputera XVI Terengganu iaitu En. Rozmi bin Muji dan telah menyertai 8 sukan yang dipertandingkan iaitu Golf, Futsal, Ping Pong, Badminton, Bola Jaring, Tenpin Boling, Karom dan Dart.

Kontinjen PMINT telah mencatat sejarah dalam sukan Sukan Gemaputera XVI dengan kedudukan Naib Johan keseluruhan daripada 14 kontinjen yang bertanding dan berjaya memungut dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa dengan mata keseluruhan sebanyak 19 mata. Pasukan PKNS berjaya mengekalkan kejuaraan mereka pada kali ini dengan mengumpul 4 pingat emas dan 3 pingat perak dengan mata keseluruhan sebanyak 29 mata. Manakala pasukan JCORP (Johor) mendapat tempat ketiga keseluruhan dengan 11 mata. 

Hari pertama kejohanan (23 Nov) menyaksikan kontinjen PMINT memulakan cabaran bagi sukan futsal, golf dan badminton. Manakala bagi baki sukan lain, PMINT memulakan cabaran pada 24 Nov 2022. 

Bagi acara golf menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan serta Ketua Pegawai Operasi turun dalam kategori VIP pada hari terakhir acara tersebut. Pasukan golf PMINT A berjaya merangkul pingat perak pada hari terakhir acara. Pingat emas dimenangi oleh PKNS A (Selangor), gangsa (Ke-3) PKNP A (Pahang) dan gangsa (Ke-4) PKNPk (Perak). 

Pasukan Badminton PMINT pula telah berjaya mengekalkan pingat gangsa sebagaimana dimenangi pada Sukan GEMAPUTERA Perlis 2018. Pada peringkat separuh akhir, PMINT terpaksa mengharungi laluan sukar dengan menentang juara bertahan JCORP (Johor). Perlawanan tersebut dimenangi oleh JCORP dengan mata (0-3). Pingat emas dimenangi oleh JCORP, pingat perak disandang oleh PKNS dan pingat gangsa (Ke-3 bersama) PMINT dan SEDC. 

Dalam acara 10 Pin Boling pula menyaksikan wakil PMINT dalam acara VIP iaitu Encik Fazrul Isham bin Mohd telah berjaya memenangi pingat emas bagi acara tersebut dengan 2066 jatuhan pin. Manakala bagi keluruhan acara tersebut, pingat emas dimenangi oleh PKNPk (Perak), pingat perak PKNS (Selangor), pingat gangsa (Ke-3) PKNK (Kedah) dan gangsa (Ke-4) SEDCO (Sabah).

Kontinjen PMINT sekali lagi telah melakar sejarah dan mencatat kegemilangan dengan mengekalkan kejuaraan dengan merangkul pingat emas menerusi acara Futsal apabila berjaya menewaskan PKENPs (Perlis) pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-0. Pada peringkat separuh akhir, pasukan PMINT berjaya menewaskan PKNK (Kedah) dengan jaringan 2-1. Pingat gangsa (Ke-3 bersama) PKINK (Kelantan) dan PKNK (Kedah).

 Dalam acara Ping Pong pula kontinjen PMINT telah berjaya merampas kejuaraan daripada PKNS (Selangor) apabila memenangi pingat emas dengan keputusan 3-1. Pasukan PMINT telah menjadi juara kumpulan dan layak ke separuh akhir menentang JCORP (Johor) serta mencatat kemenangan 3–0 untuk layak ke perlawanan akhir untuk berdepan dengan PKNS (Selangor). Bagi pingat gangsa (Ke-3 bersama) di menangi oleh pasukan JCORP (Johor) dan PKNK (Kedah). 

Bagi acara Bola Jaring, PMINT telah kembali menyertai acara tersebut setelah tidak menghantar wakil Sukan GEMAPUTERA ke-15 yang lepas. Pasukan Bola Jaring telah berjaya memenangi tempat ketiga bersama pasukan JCORP (Johor) selepas tewas pada peringkat separuh akhir menentang PKNP (Pahang). PKNP (Pahang) telah Berjaya merangkul pingat perak setelah tewas kepada PKNS (Selangor) pada perlawanan akhir 13-14.

Pasukan karom pula telah memberikan aksi terbaik walaupun gagal ke peringkat suku akhir. Pasukan PMINT telah tewas dan memberikan persaingan yang sengit dengan keputusan 2-3 bagi kesemua perlawanan menentang PKENPs (Perlis), PKNK (Kedah) dan PKNP (Pahang). 

Manakala pasukan dart pula telah memperbaiki pencapaian yang lepas yang hanya peringkat kumpulan sahaja dengan memenangi pingat gangsa bersama JCORP (Johor) selepas tewas di peringkat separuh akhir kepada PKNS (Selangor) selaku pemenang pingat emas kali ini dengan keputusan 5-6. Pemenang pingat perak dimenangi oleh SEDCO (Sabah).

Dalam tempoh kejohanan sukan ini berlangsung, turut diadakan Mesyuarat Agong GEMAPUTERA kali ke 28. Mesyuarat kali ini diadakan bagi memilih pucuk kepimpinan baru untuk sesi 2023/2024. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh beberapa Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif serta wakil PKEN. Mesyuarat kali ini bersetuju melantik PDC (Pulau Pinang) sebagai Yang Dipertua GEMAPUTERA bagi sesi 2023/2024 dibantu oleh SEDC (Sarawak) Timbalan Yang Dipertua GEMAPUTERA 2023/2024. 

  

Majlis Penutup Kejohanan kali ini diadakan di Dewan Konvesyen, Taman Tamadun Islam dengan kehadiran semua kontinjen yang bertanding. Majlis dijalankan dengan begitu gilang gemilang dengan menobatkan PKNS sebagai juara keseluruhan Sukan GEMAPUTERA XVI Terengganu 2022.

 Syabas dan tahniah diucapkan kepada segala komitmen ahli kontinjen PMINT ke Sukan GEMAPUTERA VXI Terengganu 2022. 

PMINT BOLEH!! See You Again at 2024 in Penang!!!

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791054

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah