Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN MAKSAK DART, KAROM, CATUR DAN E-SPORT

4 Februari 2023 - Satu Kejohanan MAKSAK Dart, Karom, Catur dan E-Sport telah diadakan di Tingkat 8 Paya Bunga Sentral. Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 3 hingga 4 Februari 2023. Pasukan PMINT telah menghantar seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada 5 Pasukan (Pair Lelaki) dan 4 orang wanita (Single Wanita) bagi sukan Dart.

Keputusan pertandingan tersebut, Pasukan Pair Lelaki PMINT C yang terdiri daripada YM. Che Ku Mohd Zaki dan Othman Zailani telah berjaya sehingga ke peringkat 16 pasukan terbaik. Pasukan Pair Lelaki PMINT E yang terdiri daripada En. Ahmad Khairulhairie dan En. Ahmad Faizal juga turut tersenarai 32 Pasukan Terbaik manakala single wanita, Pn Siti Norainiza Berjaya mendapat tempat Ke-2 (Naib Juara) bagi Kategori Wanita. Hadiah saguhati juga dimenangi oleh En. Ahmad Faizal yang memperolehi score tertinggi (180). Semoga Kejohanan ini dapat memberi semangat kepada para pemain bagi meningkatkan mutu permainan pada masa akan datang.

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791053

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah