Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN LIGA PENALTI 3 ON 3 TERTUTUP KUMPULAN PMINT 2023

Jawatankuasa Sukan Futsal PMINT telah berjaya menganjurkan Kejohanan Liga Penalti 3 on 3 Tertutup Kumpulan PMINT 2023 pada 16 Februari 2023 di Ruang Parkir Tingkat 6A, PB Sentral. Kejohanan ini disertai sebanyak 60 pasukan yang diwakili oleh wargakerja PMINT dan syarikat anak antaranya PMINT Urus, PB Hotel, Cas Ligas, PERTIMA, Taman Tamadun Islam, Permint Minerals dan P-Excel Management dan turut menyertai kejohanan ini ialah KOPERAT dan Koperasi Pemin. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara wargakerja PMINT dan Syarikat Anak Kumpulan PMINT.

Tahniah kepada pasukan Bola Bola Api yang diwakili oleh En Nik Hasma, En Azri dan Pn Hidayah yang berjaya menjuarai Kejohanan Liga Penalti 3 on 3 Tertutup Kumpulan PMINT 2023 ini. Naib Juara dimenangi oleh Pasukan Koperasi Pemin, Tempat Ketiga dimenangi Pasukan BJS 2 (Bahagian Sewaan Jualan) yang diwakili En Iskandar Aizat, En Hafiy Fakhri dan Cik Syuhada, Tempat Keempat pula dimenangi oleh Pasukan Pertima Seri Kaya dan Saguhati pula dimenangi Paya Bunga Hotel C, Pertima Kari Ayam, PMINT Urus E dan PMINT Urus C. Tahniah juga kepada semua pasukan yang terlibat bagi menjayakan kejohanan liga penalti ini. Penyampaian hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT Tn Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman diiringi Pengerusi Sukan KESUMIN En Mohd Zulkifli Bin Isa dan Pengurus Pasukan Futsal En Wan Badaru Shamsuri Bin Wan Abdullah.

Semoga semangat berpasukan dan keharmonian dalam pasukan ini sentiasa berterusan dan diharap juga, kejohanan ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi mengekalkan ukhuwah antara wargakerja PMINT dan Syarikat Anak Kumpulan PMINT.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah