Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN GOLF MAKSAK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023 (2)

Kejohanan Golf MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu 2023 telah diadakan pada 14 Januari 2023 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi Dungun dimana PMINT telah menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini. Kejohanan ini mempertandingkan dua kategori yang melibatkan 59 penyertaan dari seluruh Negeri Terengganu. Tiga (3) orang pemain Golf PMINT turut menyertai kejohanan ini iaitu Encik Rosman bin Mohamed, Ts. Khairul Danial bin Abd Latif dan Ts. Munzir Azizi bin Mukhtar.

Bagi kategori individu, Johan dimenangi Encik Azhari Yusof (MPK), tempat kedua dimenangi oleh Encik Ahmad Shahrulnizam Che Abdullah (JPNT) dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Mohd Afzanizam (MBKT).

Bagi kategori VIP, johan dimenangi oleh Encik Mohd Fadli Ngah (MDB), tempat kedua dimenangi oleh Hj Yusaini Amir (SUK) dan tempat ketiga dimenangi oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Tuan Haji Rosli Latif.

Syabas dan tahniah kepada pemenang.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791060

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah