Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN GOLF MAKSAK KEBANGSAAN 2022

Kejohanan Golf Maksak Peringkat Ke bangsaan telah berlangsung pada 18 - 21 Ogos 2022 bertempat di Kelab Golf Seri Selangor dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur. Pada kejohanan kali ini, PMINT telah dilantik dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan Golf Maksak Negeri Terengganu ke Kejohanan Golf Maksak Peringkat Kebangsaan 2022.

Pasukan Golf Terengganu telah menghantar 11 orang pemain bagi menyertai 4 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori VVIP, gross, nett, dan kategori pengurus. Encik Mohd Parizam bin Abdul Karim merupakan salah seorang wargakerja PMINT yang menyertai kejohanan Golf Maksak Kebangsaan 2022 bagi kategori nett. Senarai pemain golf Terengganu adalah sebagaimana berikut:-

Bil

Nama

Jabatan

Kategori

1

Dato’ Zulkifli bin Ali

Pejabat Tanah dan Galian

VVIP

2

Hj Wan Adnan bin Wan Derahman

PMINT

3

En Abdul Hadi bin Wahab

MPK

Pengurus

4

En Rosdee bin Ali

JPNT

 

Gross

5

En Azhari bin Yusuff

MPK

6

En Mohd Sani bin Nawi

KETENGAH

7

En Mohd Afzanizam bin Abd Manan

MBKT

8

En Ahmad Farhan bin Abd Wahab

Pej. Daerah Kemaman

 

Nett

9

En Parizam bin Abdul Karim

PMINT

10

En Fadli bin Mamat

UMT

11

En Ahmad Shahrulnizam bin Che Abdullah

JPNT

 

Pada kejohanan ini, johan bagi kategori gross dimenangi oleh pasukan PDRM, tempat kedua dimenangi oleh pasukan Perak dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan ATM. Pasukan Terengganu mendapat tempat ke 10 daripada 16 buah pasukan bagi kategori ini.

Johan bagi kategori nett dimenangi oleh pasukan Negeri Sembilan, tempat kedua di dimenangi oleh pasukan Perak dan pasukan Terengganu berjaya memenangi tempat ketiga. Untuk kategori Pengurus, Pasukan Terengganu mendapat tempat kedua dari 36 individu yang bertanding. Tahniah kepada Pasukan Golf Terengganu dan kepada semua pemenang!


KUALA TERENGGANU, 11 OGOS 2022 – Telah berlangsung Program Bicara Integriti 2022 Dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Program ini dimulakan dengan ceramah kesedaran integriti dan rasuah yang bertajuk “TRANSFORMASI MINDA : BICARA INTEGRITI DAN RASUAH” yang telah disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi bin Abd. Rahim, Pegawai SPRM Terengganu. Ceramah ini adalah berkaitan dengan amalan berintegriti dalam kalangan penjawat awam serta pematuhan terhadap Akta SPRM 2009 berkaitan rasuah. Seterusnya program ini diteruskan dengan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bagi tahun tahun 2022 hingga 2026 yang disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Program diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan pelaksanaan pelan antirasuah organisasi (OACP) kepada sepuluh (10) jabatan yang telah berjaya melaksanakan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). PMINT merupakan salah satu penerima Sijil Penghargaan tersebut kerana OACP PMINT telah dilaksanakan dengan jayanya. Penyampaian Sijil Penghargaan disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu kepada Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791038

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah