Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN FUTSAL MALAYSIA SPORT LEAGUE (MSL) PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

PMINT merangkul Naib Johan Kejohanan Futsal MSL Peringkat Daerah Kuala Terengganu 4 Jun 2022 - Pasukan Futsal PMINT telah menyertai Kejohanan Futsal Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang bertempat di Hazlan Futsal anjuran Kelab Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Akademi 95. Sebanyak 36 pasukan berentap di kejohanan tersebut dan pasukan Futsal PMINT menghantar sebanyak dua pasukan iaitu mewakili PMINT A dan PMINT B.

Setelah kedua-dua pasukan berjaya menjadi johan diperingkat kumpulan, kemaraan pasukan PMINT A terhenti di peringkat kalah mati pusingan ketiga selepas tewas dengan jaringan 1-0. Manakala bagi pasukan PMINT B, kemenangan demi kemenangan di peringkat kalah mati melayakkan PMINT B ke perlawanan Akhir pada kejohanan ini. Selepas berhempas pulas dalam aksi perlawanan akhir tersebut, PMINT B terpaksa berpuas hati menjadi Naib Johan selepas tewas kepada FFC Pejuang dengan jaringan 1-0. Kedua-dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir ini akan mewakili Daerah Kuala Terengganu ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan dipertandingkan pada bulan Julai nanti.

Dengan kemenangan ini, diharap menjadi tonik permulaan bagi pasukan futsal PMINT dalam persediaan menghadapi Sukan Fustal MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu dan Sukan GEMAPUTERA TERENGGANU 2022 khususnya untuk mengekalkan kejuaraan yang disandang bagi edisi yang sebelumnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain yang telah berjuang habis-habisan demi lencana di dada 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791038

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah