Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK TERENGGANU 2022

Pasukan Futsal PMINT iaitu PMINT A telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal Kategori Lelaki & Wanita MAKSAK Terengganu 2022 yang berlangsung pada 6-8 Oktober 2022  bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu setelah tewas kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diperingkat Separuh Akhir dengan jaringan 3-5.

Bagi kejohanan ini, PMINT telah menghantar 2 pasukan iaitu PMINT A & PMINT B. Pasukan PMINT A yang diundi bersama dengan pasukan PDRM dan Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) berjaya menjadi juara Kumpulan J untuk layak ke pusingan kalah mati. Di pusingan kedua, PMINT A mudah menewaskan pasukan Kesihatan A dengan jaringan 8-0. Perlawanan sengit di pusingan ketiga menyaksikan PMINT A telah menewaskan pasukan MBKT B menerusi sepakan penalti 4-3 setelah terikat 0-0 selepas 30 minit bermain. Di peringkat suku akhir, PMINT A berjaya menewaskan KEKITE FC B (Istana Terengganu) dengan jaringan 5-1. Kemaraan PMINT A tersekat di separuh akhir setelah tewas kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan jaringan 3-5.

Manakala bagi pasukan PMINT B yang diundi bersama-sama dengan pasukan MPK dan MBKT C telah menjadi naib juara kumpulan F setelah tewas kepada MPK dengan jaringan 0-2 dan menang ke atas MBKT C 1-0 diperingkat kumpulan. Di pusingan kalah mati iaitu pusingan ketiga, PMINT B telah tewas kepada pasukan Johan bagi Kejohanan MAKSAK 2022 iaitu MBKT A. 

Walaupun tidak berjaya mengekalkan kejuaraan yang telah dimenangi pada edisi yang lalu, pujian harus diberikan kepada pemain-pemain yang telah memberikan aksi penuh bertenaga hingga ke wisel penamat. Semoga kemenangan tempat ketiga ini menjadi moral kepada pemain untuk terus berusaha dan menggapai kejayaan pada Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Terengganu 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791060

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah