Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN FUTSAL KATEGORI LELAKI & WANITA MAKSAK TERENGGANU 2023

KEJOHANAN FUTSAL KATEGORI LELAKI & WANITA MAKSAK TERENGGANU 2023

Kuala Terengganu, 15 Mac 2023 - Pasukan Futsal PMINT iaitu PMINT B telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam KEJOHANAN FUTSAL KATEGORI LELAKI & WANITA MAKSAK TERENGGANU 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu setelah tewas kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu A (MBKT A) diperingkat Separuh Akhir dengan jaringan 3-4 menerusi sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam 30 minit permainan.

Bagi kejohanan ini, PMINT telah menghantar 3 pasukan iaitu PMINT A , PMINT B dan PMINT C. Pasukan PMINT A yang diundi bersama dengan pasukan IMIGRESEN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya menjadi juara Kumpulan C untuk layak ke pusingan kalah mati. Di pusingan kedua, PMINT A menewaskan pasukan Penguatkuasa MBKT menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat jaringan 0-0 pada babak permainan. Perlawanan sengit di pusingan ketiga menyaksikan PMINT A telah menewaskan pasukan Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) dengan jaringan 1-0. Kemaraan PMINT A tersekat di suku akhir setelah tewas kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu A (MBKT A) dengan jaringan 0-5.

Manakala bagi pasukan PMINT B yang diundi bersama-sama dengan pasukan PDRM dan FELCRA Timur A telah menjadi Johan kumpulan K setelah menewaskan PDRM 1-0 dan Felcra Timur A dengan jaringan 2-0. Di pusingan kalah mati iaitu pusingan kedua, PMINT B bertemu dengan PMINT C yang merupakan naib johan kumpulan J dan dimenangi PMINT B dengan jaringan 3-1. Di pusingan ketiga, PMINT B menewaskan Perhutanan 3-2. Peringkat suku akhir, PMINT B mudah menewaskan Majlis Daerah Besut dengan jaringan 3-1. Kemaraan PMINT B terhenti diperingkat separuh akhir meskipun telah berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mengikat MBKT A 3-3, namun tuah tidak menyebelahi PMINT B apabila tewas menerusi sepakan penalti 3-4. 

Manakala bagi pasukan PMINT C pula menjadi naib johan kumpulan J setelah terikat 0-0 dengan pasukan Pertanian dan tewas kepada MBKT Cawangan Kuala Nerus 1-2 untuk layak ke pusingan kalah mati pusingan kedua bertemu PMINT B. Pasukan PMINT C telah tewas dengan jaringan 1-3.

Walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir, pasukan PMINT masih lagi mengekalkan tempat Ketiga yang telah dimenangi pada edisi yang lalu, pujian harus diberikan kepada pemain-pemain yang telah memberikan aksi penuh bertenaga hingga ke wisel penamat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengurusan dan pemain futsal PMINT.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791038

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah