KUALA TERENGGANU, 18 JUN 2022 - Kelab E-Sport PMINT telah menganjurkan KEJOHANAN FIFA22 TERTUTUP KUMPULAN PMINT pada 18 Jun 2022 (sabtu) bertempat di Dewan Seminar Tingkat 2, Menara PMINT. Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini telah disertai oleh seramai 16 orang peserta daripada PMINT dan syarikat anak. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Sukan KESUMIN, En. Mohd Ridzuan bin Mamat. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.









