Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN DART BEREGU JEMPUTAN PMINT - TADC 2022

10 November 2022- Kelab Dart PMINT julung kali telah mengadakan satu Kejohanan Dart Beregu Jemputan PMINT - TADC 2022 bagi memberi pendedahan awal untuk menghadapi Sukan Gemaputer XVI Terengganu 2022 tidak lama lagi. Kejohanan simulasi ini telah berlangsung dengan jayanya di tingkat 8 PB Sentral, Kuala Terengganu dengan disertai seramai 48 pasukan berpasangan yang terdiri daripada pelbagai jabatan Kerajaan di Negeri Terengganu.

Pasukan Dart PMINT telah menghantar seramai 6 pasukan berpasangan bagi menghadapi pihak lawan yang datang daripada pelbagai latar belakang. Hasil daripada kejohanan ini, pasukan Dart PMINT (A) yang terdiri daripada YM Che Ku Zaki dan Encik Othman Zailani berjaya muncul sebagai *JUARA* bagi kategori UtaMa dengan menewaskan pasukan U SIX dengan keputusan 2-1. Ini merupakan satu kenangan yang manis kepada pasukan Dart PMINT khususnya pasangan yang berjaya. 

Selain daripada itu, pasukan PMINT (E) yang terdiri daripada Encik Azlan Wahid dan Encik Ahmad Khairulhairie yang mendapat tempat 9-16 setelah tewas kepada pasangan PMINT (A). 

Manakala bagi kategori silver plate, pasangan PMINT (F) yang terdiri daripada Encik Ahmad Mustaqim dan Encik Syere Dhamar telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir (Tempat Ketiga Bersama) sebelum tumpas kepada pasukan JUPEM. Kejohanan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pasukan Dart PMINT menghadapi kejohanan Gemaputra kelak.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791054

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah