Produk & Perkhidmatan

CERAMAH INTEGRITI, “INTEGRITI, TADBIR URUS, DAN BIDANG KUASA POLIS”.

Telah berlangsungnya, ceramah integriti yang dianjurkan oleh Unit Integriti dan Unit Latihan PMINT, bertempat di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT. Ceramah ini disampaikan oleh DSP Maizura bt Abdul Kadir, Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), IPK Terengganu. Sesi ceramah telah melibatkan semua wargakerja daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional PMINT, dan Pengurus-pengurus Besar syarikat anak PMINT.

Perkara utama yang dikongsi dalam ceramah ini adalah mengenai kepentingan sikap berintegriti yang perlu diterapkan dalam setiap individu wargakerja PMINT agar dapat melahirkan wargakerja yang telus dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan serta sentiasa profesional dalam melaksanakan tugasan dan skop kerja mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Penceramah juga menekankan kesedaran bahawa memupuk dan menerapkan nilai-nilai integriti ini perlulah bermula dari sejak kecil melalui ahli keluarga sendiri, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Beliau juga menekankan berkenaan kelemahan organisasi pada masa kini yang mana berpunca daripada sikap sambil lewa dan juga tidak berintegriti seseorang wargakerja tersebut tidak kira daripada golongan bawahan mahupun atasan. Malah, beliau juga menyentuh tentang kepentingan sistem penyeliaan dalam sesebuah organisasi. Malah, sesebuah organisasi itu dapat berdiri teguh sekiranya kerjasama diberikan antara kedua-dua kumpulan wargakerja sama ada dari Kumpulan Sokongan mahupun Kumpulan Pengurusan & Profesional. Kerjasama yang baik serta saling menjaga kebajikan antara satu sama lain dapat meningkatkan prestasi kerja yang lebih baik sekaligus menyumbang kepada sistem pentadbiran yang lebih efisyen.

Ceramah ini telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan yang disampaikan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan ditutup dengan sesi bergambar serta makan tengahari. Diharapkan sesi ceramah kali ini dapat dinilai dan diterapkan dengan baik dalam diri semua wargakerja PMINT serta syarikat anak agar prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791053

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah