Produk & Perkhidmatan

CERAMAH INTEGRITI – INTEGRITI,TADBIR URUS DAN BIDANG KUASA POLIS

Telah berlangsungnya satu ceramah integriti Kali ke 3/2022 yang dianjurkan oleh Unit Integriti dan Unit Latihan PMINT pada 28 September 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT. Ceramah adalah berkenaan Integriti,Tadbir Urus dan Bidang Kuasa Polis ini telah disampaikan oleh ASP Nurul Isma binti Khairudin, Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Terengganu yang mana melibatkan semua warga kerja Kumpulan Sokongan PMINT dan juga kakitangan-kakitangan daripada anak syarikat PMINT.

Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua yang terlibat tentang integriti, tadbir urus dan lain-lain yang berkaitan. Selain itu, penceramah juga turut berkongsi berkenaan punca kemerosotan integriti dalam organisasi yang melibatkan kelemahan kepimpinan, individu, sistem dan prosedur, struktur dan institusi serta budaya. Penceramah juga turut berkongsi statistik kes setakat September 2022 yang melibatkan penjawat awam di Terengganu.

Selain itu, para warga kerja yang hadir turut terlibat dalam menjawab soal selidik personaliti yang dikelolakan oleh rakan anggota, Cik Nur Ain Nabihah binti Mohd Yusof yang berasaskan Inventori Personaliti Warna (IPW) yang mana mempunyai 4 skala warna yang berlainan iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Warna-warna tersebut melambangkan ciri-ciri personaliti yang ada dalam setiap warga kerja.

Ceramah ini telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Puan Nor Shahrina binti Sarifudin, Pegawai Undang-Undang PMINT dan sesi bergambar serta jamuan makan tengahari. Semoga dengan terlaksananya ceramah ini, diharap dapat memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya integriti dalam diri seseorang dan juga manfaat yang besar kepada yang terlibat dan Kumpulan PMINT secara keseluruhannya.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791053

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah