Produk & Perkhidmatan

KEJOHANAN BADMINTON MAKSAK TERENGGANU 2022

6 Julai 2022 (RABU) - Pasukan Badminton PMINT telah menyertai Kejohanan Badminton MAKSAK Terengganu 2022 anjuran Persatuan Sukan & Kebajikan Anggota Bomba Negeri Terengganu dengan kerjasama MAKSAK Terengganu sebagai persiapan pasukan badminton ke Sukan GEMAPUTERA Terengganu 2022. Pasukan Badminton PMINT diketuai oleh En. Muhamad Hafiy Fakri bin Harun selaku Pengurus Pasukan bersama 13 orang pemain dengan menyertai 4 daripada 5 acara dipertandingkan. Kejohanan kali ini dijalankan begitu meriah sekali dengan penglibatan banyak agensi kerajaan berbanding edisi sebelum ini. Pasukan telah menyertai acara perseorangan lelaki (22 penyertaan), bergu lelaki (40 penyertaan), Bergu wanita (12 penyertaan) dan bergu veteran (21 penyertaan). Kejohanan kali ini berlangsung di Dewan Badminton Seri Nilam, Chabang Tiga, Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi sehingga 12 tengah malam. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Badminton Terengganu. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada En. Nazrihisyam bin Ibrahim kerana terpilih mewakili MAKSAK Terengganu ke Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia 2022 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 4 hingga 7 Ogos 2022

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791050

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah