Produk & Perkhidmatan

BENGKEL SISTEM PEMANTAUAN TANAH KALI KE 2/2022

Bahagian Tanah dan Strata telah mengadakan satu Bengkel Sistem Pemantauan Tanah Kali Ke 2/2022 pada 6 Julai 2022 bertempat di Dewan Seminar Tingkat 2 yang melibatkan beberapa bahagian seperti Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Projek, Bahagian Pengurusan Industri, Bahagian Perancangan dan Rekabentuk, Bahagian Rumah Awam Kos Rendah, Bahagian Jualan dan Sewaan, Bahagian Kewangan dan Bahagian Tanah dan Strata.

Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mengemaskini rekod serta data berkaitan tanah-tanah PMINT seperti bayaran Premium, Kos awal perolehan tanah dan lain-lain.

Selain itu, perkongsian ini juga memberi pendedahan yang positif dari segi penggunaan sistem pengurusan tanah dengan cara yang betul selain memberi manfaat dalam kalangan kakitangan PMINT.

Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana di samping perkongsian pengetahuan berkenaan Sistem Pemantauan Tanah di samping dapat mengemaskini data-data tanah sedia ada PMINT.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791054

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah