Produk & Perkhidmatan

BENGKEL PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PMINT 2023-2026

8 Februari 2023 – Bengkel Pelan Strategik Pendigitalan PMINT 2023-2026 telah diadakan di Dewan Seminar Tingkat 2, Menara PMINT selama 3 hari bermula 6 Februari hingga 8 Februari 2023. PMINT telah melantik Puan Nur Hafizah binti Azmi dan pasukannya dari Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Fasilitator. Bengkel ini telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa Pelan Pendigitalan PMINT (JPSP) seramai 18 orang.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah dengan harapan untuk mewujudkan Pelan Strategik Pendigitalan PMINT 2023-2026 yang akan menjadi panduan kepada Bahagian Teknologi Maklumat bagi memacu PMINT ke arah pendigitalan dan memberikan hala tuju strategik ICT serta rangka kerja untuk meningkatkan sistem perkhidmatan digital PMINT selaras dengan keperluan bisnes PMINT.
 
YBhg Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT turut berkesempatan hadir ke kursus ini untuk menyatakan harapan dan pandangan beliau mengenai Pelan Pendigitalan ini.

 

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791064

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah