Bengkel Pelan Risiko telah diadakan pada 13-14 Februari 2023 bertempat di Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT. Bengkel anjuran Bahagian Perancangan Korporat PMINT itu telah disampaikan oleh Puan Noorina Ibrahim yang merupakan Pengurus Bahagian tersebut.
Bengkel tersebut telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Think Tank, Pengurus-Pengurus Bahagian dan Pegawai-Pengawai Risiko daripada 17 bahagian.
Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memantapkan lagi penyediaan daftar risiko bahagian di PMINT termasuk juga menganalis data-data yang digunakan dalam pelan risiko yang telah didaftarkan. Ahli Jawatankuasa Think Tank turut berkongsi idea dan strategi bagi membantu bahagian masing-masing dalam mengurangkan risiko-risiko yang ada.
Diharapkan semua bahagian dapat memahami kaedah bagi menganalisis data sekaligus berusaha dalam menurunkan tahap risiko yang ada di PMINT.