Produk & Perkhidmatan

BENGKEL DASAR PEMBANGUNAN PELABURAN PERINDUSTRIAN NEGERI TERENGGANU

KUALA LUMPUR - 26 Mei 2022 - Jabatan Pembangunan Perindustrian, PMINT selaku Urusetia bersama Unit Pelaburan, Pemerkasaan Bumiputera & Kesejahteraan Rakyat, UPEN telah menganjurkan satu Bengkel Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu bertempat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Bengkel ini diadakan adalah bagi membentuk satu Dasar Pelaburan Perindustrian yang baharu bagi menggantikan Dasar Perindustrian Negeri Terengganu 2008 yang telah lama dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Justeru seramai 47 Orang Peserta daripada 29 Jabatan/ Agensi Kerajaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan antaranya YBhg. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Wakil-Wakil Pentadbir Tanah Daerah, Wakil-Wakil Yang DiPertua Majlis Daerah, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan telah hadir dalam menjayakan bengkel ini.

Pembukaan Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PMINT dan Sesi Pengenalan Bengkel disampaikan oleh Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi, PMINT pada 24 Mei 2022. Seterusnya Majlis Perasmian Penutup Bengkel disempurnakan oleh YB. Dato' Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Kersejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu pada 26 Mei 2022.

PMINT dan Kerajaan Negeri berharap Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu ini dapat direalisasikan dan menjadikan Negeri Terengganu sebagai Hub Pelaburan menjelang Tahun 2030.

Sekian.

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 21 Julai 2024, 06:51:40.

Jumlah Pelawat

00791057

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah