Produk & Perkhidmatan

PERTIMA

Image
PERTIMA TRENGGANU SDN. BHD.
Kawasan Perindustrian Chendering
21080 Kuala Terengganu

No. Tel : 09-6171211, 09-6171322 & 09-6171411
No. Faks: 09-6171246

E-mel: pertima72@yahoo.com
Laman Web: www.pertima.com.my

Sektor Pembuatan

PERTIMA TERENGGANU SDN. BHD. (PERTIMA) merupakan satu-satunya kilang pengeluar sardin di Malaysia yang 100% milikan (PMINT) dan pekerjanya Melayu Bumiputra semenjak penubuhannya pada tahun 1972. Kepakaran kami adalah mengeluarkan pelbagai produk makanan dalam tin dan dipasarkan ke seluruh negara.

Beroperasi di premis sendiri di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, kilang PERTIMA mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dalam tin yang bermutu tinggi seperti Ikan Dalam Kuah Tomato (sardine), Kari Ayam. Sambal Bilis, Seri Kaya, Kuah Sate, Kuah Laksa Terengganu dan sebagainya.

Produk PERTIMA pernah dilantik oleh Kerjaan Malaysia sebagai pembekal tunggal sardine kepada semua agensi kerajaan seluruh semenanjung selama lebih 20 tahun.
 
Sebagai jaminan mutu dan kualiti, PERTIMA merupakan pemegang Pensijilan Halal, Mesti, HACCP dan ISO 9001:2015 semenjak tahun 1998. Pada tahun 2015, PERTIMA memperolehi pensijilan terkini yang diperolehi PERTIMA pada tshun 2019 adalah Anugerah The Brandlaureate World Halal BestBrands Award bagi kategori Consumer Canned Sardines daripada The Brandlaureate.

Visi PERTIMA untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global.

Dalam memastikan produk PERTIMA benar-benar bermutu, ujian dan kawalan dijalankan pada  setiap peringkat proses pengeluaran. Penyelidikan serta kajian makmal turut dilakukan bagi memastikan setiap produk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Apa yang penting ialah produk PERTIMA diproses mengikut kaedah Islam yang dijamin Halal. Proses pengeluaran yang dipratikan ini menunjukkan bahawa PERTIMA amat mementingkan mutu pengeluaran di samping memenuhi citarasa pengguna.

Pegawai Kanan Syarikat

SYED MOHD ASDI BIN TUAN NGAH
Pengurus Besar
010-2207381
syedasdi@pertima.com.my

NOOR ZUWARIAH BINTI MUSA
Pengurus Pentadbiran & Kewangan
014-5160634 
zuwariah@pertima.com.my
 
BAHAIZUL NIZAM BIN MOHD BAKAR
Pengurus Pemasaran & Jualan
019-2911175
bahaizul@pertima.com.my

NORHASLINDA BINTI RAZALI
Pengurus Teknologi Makanan & Halal
019-7151104 
linda@pertima.com.my

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

govterengganumsc
mdecmampu

Kemaskini Terkini

  •  Isnin 26 Februari 2024, 04:47:33.

Jumlah Pelawat

00760572

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah