
PERMINT GRANITE SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Sektor Perlombongan
PERMINT GRANITE SDN. BHD. (PGSB) ditubuhkan pada 09 Februari 1998. PGSB terus bergiat aktif dengan aktiviti eksplorasi serta projek perlombongan dan pemprosesan pasir silika, batu dimensi granit, batuan silika dan bijih emas. Kini dengan seramai 19 orang kakitangan, PGSB terus konsisten dan berkembang sejajar dengan misi dan visi syarikat.
Dengan usahasama PGSB dan PGCKY Sdn. Bhd., selain dari pasaran tempatan, hasil pasir silika yang terdiri daripada pelbagai gred telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti China, Taiwan dan Korea.
Pada November 2021 sehingga Mei 2025, PGSB telah diberikan hak eksklusif oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi menjalankan Projek Pemulihan Tanah BRIS di seluruh Negeri Terengganu.Sepanjang tempoh tersebut, projek ini telah berjaya dijalankan di daerah Dungun, Marang dan Setiu.
Terkini, PGSB dalam usaha mengorak langkah menceburi industri hasil unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang sedang berkembang pesat di Malaysia dan juga giat menjalankan eksplorasi mineral berekonomik di seluruh negeri Terengganu.
PGSB juga membuat pelaburan di dalam syarikat bersekutu iaitu PG-HCM Sdn. Bhd. dan PGCKY Sdn. Bhd. untuk menambahkan pendapatan syarikat melalui dividen tahunan yang diperolehi.
Pegawai Kanan Syarikat
HAJI JOHARI BIN PAWANCHIK
Pengurus Besar
019-278 0644
johari@permintgranite.com
TUAN MOHD AZIZI BIN TUAN ZAINAL ABIDIN
Pengurus Operasi Mineral
016-7940934
azizi@permintgranite.com
ROSDI BIN MOHAMAD
Penolong Pengurus
019-9632398
rosdimohamad1@gmail.com
MAYAMIN BINTI HANAFI
Akauntan
019-999 4044
mayamin@permintgranite.com