
PERMINT MINERALS SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Emel:admin@permintminerals.com.my
Sektor Perlombongan
PERMINT MINERALS SDN. BHD. (PMSB) dengan visi untuk menjadi peneraju dalam industri pembangunan sumber mineral dan prinsipal rujukan utama dalam bidang perkhidmatan perundingan perlombongan dan mineral di negeri Terengganu terus aktif dalam industri perlombongan dan pembangunan sumber mineral yang mampan dan bertanggungjawab.
Selain daripada mengoperasikan perlombongan bijih besinya sendiri, PMSB juga dilantik sebagai Ejen Pengurusan untuk mengawal selia Pajakan Melombong emas di Lubuk Mandi, Marang dan Sungai Tarom, Setiu serta Pajakan Melombong pasir silika di Rhu Batil, Dungun milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
PMSB terus meluaskan perkhidmatan perundingan yang berkaitan dengan bidang perlombongan, geologi dan mineral termasuk kerja-kerja awalan, penjelajahan dan mencarigali mineral, perkiraan sumber mineral dan pelaporan pra-kebolehlaksanaan serta penyiasatan tanah.
Perkhidmatan perundingan ini tidak terhad kepada penyediaan laporan malah merangkumi kawal selia operasi. Bermula tahun 2025, PMSB bertindak sebagai perunding kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn Bhd (TADC) bagi Kerja-kerja Pemulihan, Menaiktaraf dan Pengalihan Tanah-tanah BRIS bagi Tujuan Sektor Pertanian di atas Tanah Seksyen 62 di Daerah Setiu. PMSB turut bekerjasama dengan pihak ketiga sebagai perunding dalam mengawal selia kerja-kerja pengalihan tanah BRIS dan penggantian tanah laterit di beberapa kawasan dalam negeri Terengganu.
Di samping itu, PMSB juga menjalankan aktiviti penerokaan mineral di seluruh negeri serta berusaha untuk mengembangkan perniagaannya dalam kerja-kerja pengukuran tanah.
Pegawai Kanan Syarikat
P. GEOL LUTFI HAMIDEE BIN ABD. LATIF
Pengurus Besar
010-587 5858
lutfi.pmsb@gmail.com
P.GEOL. MUHAMMAD SHAHIRAN BIN AHMAD KARMIDI
Pegawai Geologi
010-2346393
shahiran.pmsb@gmail.com
NOR ANISAH BINTI MAMAT
Akauntan
04-527 3105
anisah.pmsb@gmail.com
NURUL AFIFAH BINTI MOHD ZAINUDIN
Eksekutif Pentadbiran
012-997 4020
nurulafifah.pmsb@gmail.com