Produk & Perkhidmatan

TAMAN TAMADUN ISLAM

Image

TTI MANAGEMENT SDN BHD.
Taman Tamadun Islam.
Pulau Wan Man,Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia

No. Tel Pejabat: 09-6278888
No. Faks: 09-630 9020

Laman Web: https://www.tti.com.my

FB: Taman Tamadun Islam

IG: taman tamadun islam

Twitter: Taman Tamadun Islam

Sektor Pelancongan

TAMAN TAMADUN ISLAM adalah sebuah Taman Tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Taman Tamadun Islam yang berkonsepkan ‘edutainment park’ (Taman pendidikan dan hiburan) sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.

Taman Tema yang mula dibina pada Mac 2005 ini, bukan sahaja terdapat Taman Monumen yang terdiri dari replika masjid dan  monumen bersejarah dari serata dunia, malah sebuah masjid yang juga menjadi mercu tanda Negeri Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Antara tarikan popular lain yang terdapat di TTI ialah TTI River Cruise, Pusat Konvensyen, Restoran B’Beteng, Kkalang Café, Galeri Batikhat, Kedai Cenderahati (Kristal Mart), Tasik Pahlawan, Villa Kristal dan Islamic Garden.

Bermula April 2022, Pengkalan Jeti Tokku Paloh TTI  menjadi pilihan para pelancong dari dalam dan luar Malaysia untuk ke Pulau Redang apabila operator feri mula beroperasi di situ.

Taman Tamadun Islam juga diimarahkan sebagai Kampung Ilmu dengan pembinaan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Sheikh Duyong yang bakal melahirkan ilmuan dan ulama Terengganu.

Selain itu, TTI juga menjadi penganjur dan lokasi pilihan pelbagai acara besar di peringkat dalaman mahupun peringkat Negeri antaranya Terengganu Watersport Festival, Program Korban Perdana, Festival Kopi dan sebagainya. The Arra’s Villa yang dahulunya dikenali sebagai Kristal Villa telah diberikan nafas baru dengan melakukan pelbagai penambahbaikan dari segi dalam dan luaran. Terbaru TTI Mini Zoo telah dibuka bagi menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Taman Tamadun Islam.

Pegawai Kanan Syarikat

HAJI MOHD FADHIL BIN WAHAB
Pengurus Besar
09-6278800
019-981 1995
fadhil@tti.com.my

ALI BIN OTHMAN
Pengurus Kewangan,pentadbiran & Sumber Manusia
09-6278885
018-464 4283
ali@tti.com.my

MUHAMAD RIDHUAN BIN ISMAIL
Pengurus Kanan Prasarana, Pembangunan & Projek
09-6278872
019-9668077 
ridhuan@tti.com.my

WAN NUR MARIAM BINTI DIN
Pengurus Jualan, Pemasaran & Acara
09-6278807
019-922 0715
mariam@tti.com.my

PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Khamis 19 Jun 2025, 02:30:56.

Jumlah Pelawat

00862727

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah