Produk & Perkhidmatan

PERTIMA

Image

PERTIMA TRENGGANU SDN. BHD.
Kawasan Perindustrian Chendering
21080 Kuala Terengganu

No. Tel : 09-6171211, 09-6171322 & 09-6171411
No. Faks: 09-6171246

E-mel: pertima72@yahoo.com
Laman Web: www.pertima.com.my
FB/IG/Tiktok : pertima trengganu

Sektor Pembuatan

PERTIMA TERENGGANU SDN. BHD. (PERTIMA) merupakan satu-satunya kilang pengeluar makanan dalam tin terutama Sardin di Malaysia yang 100% dimiliki PMINT dan dioperasikan pekerja Melayu Bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 1972 dan kepakaran kami adalah mengeluarkan pelbagai produk makanan dalam tin dan dipasarkan ke seluruh Negara sejak 53 tahun.

Beroperasi di premis sendiri di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, kilang PERTIMA mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dalam tin yang bermutu tinggi seperti Sardin Dalam Sos Tomato (Sardin) dalam 3 saiz (425gram, 230gram, 155gram), Kari Ayam 280gram, Sambal Bilis 160gram, Seri Kaya 200gram & 500gram, Kuah Kacang 425gram, Kuah Laksa  Terengganu 400gram, Sapuan Sardin 180gram, Tomato Puri 230gram dan bakal memperkenalkan produk baru seperti Aneka Sup dan Kari.

PERTIMA mengorak langkah melahirkan produk makanan dalam punch bag dan diberi kepercayaan membekalkan makanan kepada mangsa banjir di bawah perolehan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi 2 tahun tempoh permulaan. Sebanyak 58 menu punch bag dikeluarkan untuk pilihan pengguna mengikut selera masing-masing.

PERTIMA diinovasikan dengan identiti baru  bertemakan keseragaman label produk berwajah baharu untuk terus mencipta nama di hati pengguna. Selari dengan penggunaan slogan baru PILIHAN BIJAK PASTINYA CITARASA LOKAL, PERTIMA menyediakan hidangan sedia dimakan yang mudah dan sedap untuk menyatukan keluarga dengan rasa resepi asli tempatan dan menepati citarasa Malaysia. Produk PERTIMA harga berpatutan dan mempunyai nilai hebat, Sardin PERTIMA diperkaya dengan Omega -3 dan berjangka hayat sehingga 3 tahun.

Visi PERTIMA untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global.

PERTIMA pernah dilantik Kerajaan Malaysia sebagai Pembekal Tunggal Sardin kepada Kerajaan seluruh negeri selama lebih 20 tahun. Produk PERTIMA boleh didapati di beberapa pasaraya seperti Mydin, Giant, Sabasun, Aeon Big, Aeon Co,  Treleaf, TMG. MATAHARI, SRI TERNAK, Ameen Hallmart, Ayam Ory dan kedai-kedai runcit yang terpilih. PERTIMA juga menyediakan perkhidmatan kontrak pengetinan makanan jenama sendiri (OEM) yang sudah beberapa penggal menjalani proses pembuatan Sardin jenama terkenal di Malaysia.  Tambahan PERTIMA dalam usaha untuk meluaskan pasaran ke luar negara (eksport)  iaitu Brunei, Arab Saudi, Jerman dan Indonesia.

PERTIMA berjaya mengekalkan Pensijilan Halal, MeSTI, HACCP MS 1480:2019, GMP dan ISO 9001:2015 semenjak tahun 1998 membuktikan jaminan kualiti dan produk bermutu tinggi. Selain itu juga, PERTIMA memperolehi pensijilan pendaftaran MYFOODTAG daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengiktirafan Logo Barangan Malaysia daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. PERTIMA diiktiraf Pensijilan 5S dan BE MPC di samping berjaya merangkul tiga Award – ‘The Brandlaureate World Halal BestBrands Award’ penganugerahan The Brandlaureate dan ‘Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award’ penganugerahan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) serta Penganugerahan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA)

Ujian dan kawalan dijalankan setiap peringkat proses pengeluaran. Penyelidikan serta kajian makmal dilakukan secara berkala bagi memastikan setiap produk memenuhi ketetapan spesifikasi. R&D bergiat aktif dalam pembangunan produk bagi melahirkan output berdaya saing di pasaran industri makanan halal.

Pegawai Kanan Syarikat

YM SYED MOHD ASDI BIN TUAN NGAH
Pengurus Besar
010-2207381
syedasdi@yahoo.com

NOOR ZUWARIAH BINTI MUSA
Pengurus Pentadbiran & Kewangan
014-5160634 
zuwariah@pertima.com.my

NORHASLINDA BINTI RAZALI
Pengurus Teknologi Makanan & Halal
019-7151104 
linda@pertima.com.my

MOHD AMIRUL BIN MAT ADAM
Pengurus Pengeluaran & Teknikal
013-5940927
amirul@pertima.com.my


PMINT logo
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.

GPS : 5.33048, 103.1362

T : +609 627 8000
F : +609 623 3880
E : admin[at]pmint[dot]gov[dot]my

 

Pautan

gov terengganu msc mdec

Kemaskini Terkini

  •  Ahad 07 Disember 2025, 00:31:32.

Jumlah Pelawat

00874039

Portal Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
MYPMINT

Dasar Privasi

Senarai Projek Perumahan RMM RPMM Terkini Mengikut Daerah