
CAS LIGAS SDN. BHD.
Tingkat 2, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Tel : (609) 622 9699
Fax : (609) 623 3880
Laman Web: www.casligas.com.my/
Sektor Pengangkutan
Cas Ligas Sdn. Bhd (CLSB) ditubuhkan pada tahun 2007 dengan objektif menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui bas henti-henti yang pada ketika itu dikenali sebagai Bas Bandar dan telah dijenamakan semula dengan nama BAS KITē pada tahun 2017. Perkhidmatan bas ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk – penduduk di sekitar Bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman. Kesemua 8 buah bas yang direka khusus dari segi keunikan fizikialnya adalah berkonsepkan pelancongan di Negeri Terengganu.
CLSB terus mengorak langkah ke hadapan dengan menyediakan 3 buah bot pelancongan dengan menawarkan perkhidmatan Payang Water Taxi (PWT) mulai tahun 2018 dengan harga yang berpatutan. Pelbagai aktiviti dan pakej menarik disediakan iaitu menyusuri sungai antaranya berswafoto berlatarbelakangkan Jambatan Angkat, Pakej Kari Kepala Ikan, Pakej Ikan Baung Tempoyak, Pakej Nasi Tenong, dan Pakej Berbuka Puasa.
CLSB turut menyediakan pakej pengiklanan dan pelancongan bermula pada tahun 2023. Bot Payang Express turut diperkenalkan sebagai aktiviti baru di PWT bermula tahun 2024. Antara aktiviti yang akan diperkenalkan adalah River Cruise Sunset, Pakej Pulau Kapas Daytrip dan Pakej Pulau Bidong Daytrip.
CLSB juga turut memperkenalkan Recaz Residence Homestay yang terletak di Residensi Tembesu yang menawarkan 4-unit kediaman homestay yang lengkap dan selesa untuk seisi keluarga berehat. CLSB juga turut memperkenalkan Recaz Water iaitu air mineral yang juga sebahagian usahasama SG4.
Pegawai Kanan Syarikat
AHMAD SANUSI BIN IBRAHIM
Pengurus Besar
019-904 4003
sanusi.casligas@gmail.com
LEZAWATI BINTI JUSOH
Pengurus Kewangan
012-974 2392
leza@casligas.com.my
BADRUL ALIFF BIN BADRUL HISHAM
Eksekutif Kanan Pemasaran
014-605 5454
badrul.casligas@gmail.com
SHARIFAH FATIHAH BINTI TUAN SAID
Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran
013-936 7371
fatihah.casligas@gmail.com