Penganjuran Kejohanan berlangsung dengan jayanya dan sebanyak empat (4) sukan iaitu Karom, Dart, Catur dan Esports bermula 15 hingga 17 Mei 2025 yang diadakan di Function Hall, Tingkat 8, Kompleks PB Sentral.
PMINT telah diberi mandat untuk menjadi urusetia dan penganjur bagi tiga(3) jenis sukan iaitu Karom, Dart dan Catur serta berkerjasama dengan KWDI bagi penganjuran Esports. PMINT turut menghantar penyertaan bagi setiap acara yang dipertandingkan dan telah memberikan komitmen dan persaingan yang sengit sepanjang kejohanan.
Majlis Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan En. Rozmi bin Muji, Ketua Pegawai Operasi PMINT dan En. Fazrul Isham bin Mohd, Ketua Pegawai Korporat PMINT. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang penganjuran dan penyertaan PMINT pada kejohanan kali ini. Bersama ini dilampirkan gambar - gambar dan keputusan kejohanan. Sekian, terima kasih.
Koleksi gambar kejohanan : https://drive.google.com/drive/folders/1w2BmSA-AGMDJbfa83lbWqYg_jEtBlJhd?usp=sharing